
Sulit
5 tahun
Lewat period 1 bulan
Pd awal bulan 8 sy ada ambil pil perancang yg 28 biji,15 hri sy ambil pil period sy datang tp bukan darah ia sejenis lendir berwarn coklat.sy teruskan bil pil tu sehingga habis 28 biji,lepas tu sy tunggu hingga period datang…tp xdatng2…selaps 7hari sy telah bersama dgn suami tanpa mengambil ape2 perlindungan…dn sekarang period masih xdatang lagi…disini sy nak tnya dalam keaadaan sy sekarang boleh ke sy ambil pil postinor2 tuk memastikn sy datang haid dn tidak mengandung…sy sekarang ad bby yg berusia 7 bulan… sebelum ni sy pernah pakai alat dalam rahim iucd.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluma pihak anda, mendangkan anda tidak lagi mengambil pil perancang dan melakukan hubungan seks selepas pil habis tanpa perlindungan. Terdapat kemungkinan pada waktu itu anda subur dan mempunyai kemungkinan untuk hamil. Pil postinor2 hanya berkesan untuk diambil dalam tempoh 72 jam selepas seks dan tidak lagi berkesan jika diambil selepas itu. Ia juga bukanlah pil untuk menurunkan darah haid.
Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan Ujian kehamilan bagi memastikan status kehamilan anda. Jika anda tidak hamil, sila berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca tidak datang haid yang anda alami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.