
Sulit
3 tahun
Lewat period 1minggu lebih
Saya Wanita berumur 27tahun, dalam seawal bulan 8 saya telah melakukan seks dengan suami saya. dalam 27/8/2021 hingga 02/09/21 saya belum period… Seawal pagi tadi dalam sekitar pukul7 saya telah membuat pemeriksaan "pregnant test"keputusan adalah negatif… Adakah result betul? thanks q.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lewat period boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anorexia atau bulimia)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
Untuk ujian kehamilan yang anda telah lakukan, kebanyakan keputusan yang diperoleh adalah tepat. Namun terdapat beberapa keadaan di mana keputusan yang didapat tidak betul atau tidak valid disebabkan oleh beberapa perkara seperti masalah pada alatan ataupun sampel air kencing telah bercampur dengan cairan lain.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.