
Sulit
4 tahun
Lewat period dari cycle sepatutnya
Selamat Sejahtera Doctor. Sy ada kemusykilan yg ingin di tanya. Cycle period sy selalunya 26-28 days tapi masuk hari ni which is 3 hari lewat dari sepatutnya. Sy sudah berkahwin tapi kami merancang sendiri. Usually kami akan bersama bila tarikh dekat nak period maksudnya 21 days cycle and above. Berat badan sy ups and downs lately ni sebab sy kerap exercise. Adakah itu salah satu punca sy lewat period? Terima kasih doctor kerana sudi menjawap soalan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan perut kembung atau perubahan tubuh pula boleh berpunca dari:
- kehamilan
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan kencing atau darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!