
Sulit
3 tahun
Lewat period melebihi seminggu
Saya sepatutnya period 2/9/21 tetapi sehingga hari ini tak period… Sudah buat ujian upt tapi negatif… Saya mengalami gejala kehamilan … Cuma tidak mual… Bahagian bawah perut selalu sakit… Kitar period selalunya teratur tidak pernah lewat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, Kit UPT mempunyai tahap ketepatan 99% tetapi kemungkinan negatif palsu (false negative) berlaku dalam setiap 5% pengguna.
Terdapat banyak penyakit yang mengganggu kitaran haid. Antaranya adalah:
- Stress
- Berat badan yang tinggi
- Aktiviti sukan yang berlebihan
- Pengambilan pil perancang atau ubat hormon
- PCOS
- Kehamilan
- Kesan sampingan ubat atau vaksin
Kami mecadangkan agar anda medapatkan temujanji dengan doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Anda juga mungkin perlu menjalani imbasan ultrasound.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.