
rahimahramdin
5 tahun
Lewat period, mengandung atau tidak?
Saya Yan… Wanita dalam umur 32 Tahun… 1-3/6/2019 period date dan cycle 28 hari… 3-4/5/2019 period date dan cycle 29 hari… Selalu nya period memang tak teratur cuma dlm 2 bulan ni je teratur… Kalau ikut kiraan period calendar dh lewat 3 hari… Adakah saya mengandung? Tanda2 cuma lesu, selalu penting waktu pagi… Makan kadang akan termuntah cikit… Mual…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid normal ialah 21-35 hari dan tempoh datang haid normal ialah 2-7 hari. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.