
Sulit
4 tahun
Liang roma menjadi bintik bintik merah seperti denggi
Saya wanita berumur 20 an dan saya mendapati liang roma sy sering timbul bintik bintik merah seperti denggi . Pada mulanya saya ingatkan denggi tetapi hal ini berlarutan sudah bertahun lebih kurang 2,3 tahun.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah ini perlu diperiksa dengan lebih teliti sebelum kami boleh memberikan kesimpulan.
Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Petechiae
- Gigitan serangga
- Angioma
- Reaksi alahan atau alergi
- Jerawat
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk pergi ke klinik untuk mendapatkan kepastian supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda. Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak doktor kami di atas talian. Terima kasih.