
Sulit
4 tahun
Lidah mempunyai bebola kecil
Salam sejahtera doctor. Anak perempuan sy berumur 5 tahun. Di dalam mulutnya dihujung lidah berdekatan anak tekak. Terdapat lebih dari 5 biji2 timbul berwarna putih dan pink. Tidak berair.tetapi seperti bebola kecil. Beliau tidak demam dan masih mempunyai selera makan. Namun sering bersin, Selsema dan mata berair. Apakah ianya merbahaya? Terima kasih doc.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, disebabkan saya tidak dapat melakukan pemeriksaan secara fizikal tentang keadaan anak anda, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan. Saya sarankan anda untuk pergi ke klinik berdekatan dan melakukan pemeriksaan secara terperinci dalam masalah ini.
Secara amnya, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda nyatakan seperti:
- Jangkitan kulat
- Keradangan pada lidah
- Iritasi daripada makanan
- Alahan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.