Anonymous
4 tahun
Lidah terasa nyeri dan kemerahan
Saya lelaki berusia 20an, dalam minggu pertama, lidah saya berasa nyeri di bahagian atas, bawah dan tepi lidah. kadang-kadang lidah dan mulut rasa terbakar.
Hendak makan minum tiada masalah. cuma rasa tidak selesa juga. dalam telinga rasa sedikit berdenyut.
hari ke-6, hujung lidah saya ada nampak sedikit tompokan kemerahan kecil, hari ke-7 tompok tersebut jadi dua. hari ke-9 nampak seperti mahu hilang tompokkan itu. rasa nyeri pun hilang sedikit.
serius tak masalah saya ini? perlu jumpa doktor gigi.? terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pada lidah anda boleh disebabkan:
- Kesan makan makanan pedas/panas
- Jangkitan pada saraf kranial tujuh - Saraf ini membekalkan deria rasa dan laluannya melalui dalam telinga
- Kecederaan pada lidah - tergigit lidah atau tulang makanan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.