
fikachumony
5 tahun
Ligamen pergelangan kaki koyak atau putus
sy atlet sukan netball di tempat study… then sy terjatuh time pertandingan…kaki sy pda pergelangan kanan n kiri berlaku tisu koyak…sy pegi jumpa doktor dah then mereka kata “tisu sy koyak banyak & kena melakukan operation”… siap tarikh appointment semua sy tak pegi untuk operation… sy nak tanya, jika sy tak melakukan operation adakah kaki sy menjadi teruk?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun begitu, terdapat beberapa komplikasi yang boleh terjadi jika masalah tisu koyak ini tidak dirawat. Antaranya:
- Sindrom kompartmen
- Otot menjadi keras
- calcified muscle
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.