Anonymous
5 tahun
Limfoma atau tanda penyakit lain?
Hi doktor, sy dapat rasa sesuatu yg timbul sebesar ibu jari dekat kawasan nadi leher belah kiri saya. Xsakit bila ditekan. Xlembut/kenyal pun bila tekan. Tapi belah kiri je ada. Sudah 2 bulan saya dapat rasa benda mcm ketulan tu. Tapi xnmpk dari luar.hanya boleh rasa je. Nk kara infeksi bila saya da sembuh dari batuk ke, demam ke, still ada ketulan tu walaupun da 2 bulan sy xsakit. Sy ada allergic rhinitis. Tp before this tak ada pulak ketulan cmni. Nk makan antibiotic doktor kata sy xdemam, xde sakit. Selera makan sy ok, tak de berpeluh malam ke, xde penurunan berat badan.
Dktor rasa ini tanda limfoma ke? Atau tanda penyakit lain? Ape yg patut saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan benjolan tersebut, antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca benjolan tersebut dan sama ada ia berbahaya atau tidak, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































