
Sulit
4 tahun
Lintah masuk ke dalam dubur
Saya lelaki berumur 20 tahun,3 hari lepas saya ada menangkap ikan diparut yang mempunyai banyak lintah.dan apabila saya balik,saya merasai seperti ad sesuatu di dalam perut,tapi saya x tahu adakah ia berada didalam perut saya atau tidak ,selepas tiga hari saya merasakan pening kepala dan apabila saya selsema saya merasakan seperti sakit dia dada ,adakah ia disebabkan lintah .dan adakah ganda lintah apabila ia memasuki didalam badan seperti berdarah atau lain2?mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang lintah.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya sangat sangat menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan bagi melakukan pemeriksaan. Hal ini kerana, sekiranya ia benar benar disebabkan lintah, ia amat berbahaya kepada anda.
Namun begitu, mungkin juga gejala yang anda alai disebabkan oleh penyakit penyakit lain. Namun saya tidak boleh memberikan konklusi kepada penyakit ini kerana persoalan lanjut perlu ditanya.
Biasanya apabila seseorang diserang lintah, mereka akan mengalami pendarahan di tempat gigitan. Sekiranya termasuk ke dalam dubur, anda mungkin akan mengalami berak berdarah, lesu, pitam, kurang bertenaga, dan sakit. Apapun, pemeriksaan di hospital diperlukan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.