
Sulit
4 tahun
Lintah memasuki dubur
Saya lelaki umur 20 tahun saya ingin menanyakan apakah kesan sampingan apabila lintah masuk ke dalam perut saya,dan berapa lama masa untuk kesan sampingannya tercampak…saya sudah 3 hari tpi tiada darah keluar mlui dubur saya ,adakah tiada lintah didalam badan saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, di dalam perut manusia, terdapat sejenis asid yang mencerna makanan. Berdasarkan penerangan anda, terdapat 2 keadaan yang mungkin terjadi. Sekiranya lintah itu berada dalam makanan dan telah tercerna di rongga mulut, seterusnya ke perut, maka berkemungkinan besar lintah itu telah mati. Tambahan, asid di dalam perut akan cuba mencernanya. Namun begitu, sekiranya lintah ini masih hidup dan memasuki sistem pencernaan, pesakit akan mengalami gejala seperti mual muntah, sakit perut, demam ataupun pendarahan. Komplikasi yang paling membimbangkan adalah anemia. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan konsultasi bersama doktor serta pemeriksaan secara langsung bagi memastikan lintah ini masih hidup ataupun tidak. Maklumat yang lebih terperinci daripada anda juga adalah diperlukan.
Nasihat saya, bawa bertenang dan kenalpasti sekiranya anda mempunyai gejala yang dinyatakan di atas, saya sarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang tepat.
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.