Sulit
4 tahun
Low spO2 reading level
Saya wanita berusia 27tahun. Dalam tempoh 4hari yang lepas badan saya mula rasa tidak selesa kerana kerap berpeluh dari kebiasaan dan rasa drowsy. Hari ini setelah buat semakan pulse dan spO2 menggunakan oximeter bacaan pulse sy 83 dan spO2 58. Adakah saya perlu mendapatkan rawatan susulan? Untuk makluman saya bekas pesakit covid yg dijangkiti pada awal januari 2021.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti jangkitan, penyakit paru-paru, penyakit darah dan sebagainya. Selain itu, bacaan pulse anda nampak ok, tetapi bacaan SpO2 anda memang rendah sangat, anda memerlukan rawatan secepatnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.
































