
Anonymous
5 tahun
Lower abdominal pain
Saya wanita 20an, kebelakangan ni sering sakit (rasa bisa) pada bahagian sebelah bawah kiri perut. Kadang rasa sakit sampai ke bahagian belakang. Kadang saya kurang selera makan. Rasa mual dan loya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang cik/puan berikan sakit perut sebelah kiri boleh disebabkan oleh beberapa punca antaranya ialah:
- Senggugut
- Jangkitan saluran kencing dan buah pinggang
- Sembelit
- Penyakit radang usus
- Batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.