
Sulit
5 tahun
Lower back pain for maybe more than a week
Saya wanita berumur 20 tahun. Sebelum ni saya ada mengalami lower back pain yg agak teruk. Semasa saya rasa sakit lengan kiri dan kaki kanan saya rasa kebas. Rasa sakit belakang tu almost setiap masa saya akan rasa sbb saya x boleh ddk atau berdiri atau baring lebih drpd 30 minit. Saya seorg yg kidal. Jd saya perasan lengan kiri saya kebas kerana apabila saya menulis, saya menjd lebih lambat drpd biasa.Dan saya perasan kaki saya kebas krn kadang2 saya seperti hilang keseimbgn tp sebelum itu saya berjalan spt biasa dan ia berlaku tiba seperti kehilangan kekuatan. Saya x dpt berjumpa doktor lebih awal krn saya dlm final exam waktu itu. Lebih kurg seminggu saya habis exam, saya pergi buat physio tanpa consult dgn doktor. Selepas buat physio (urut menggunakan magnetic machine), sakit belakang saya berkurg, dan physiologist tu kata urat saya tersepit. Betul ke ? Saya buat physio 3 kali je. Lepas tu ok. Tp kadang2 saya rasa sakit belakang semula cuma tidak sampai kebas2 seperti dulu. Boleh saya tahu knp?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah disc prolapse yang menyepit saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.