
Sulit
4 tahun
Lower back pain, mood tiba2 berubah, depression
Assalamualaikum doktar… umur 19 tahun… situasi mula berlaku semasa saya berjalan lama dalam mall… saya mula mengalami lower back pain… saya x tahu sakit tuh disebabkan period atau jalan dan berdiri terlalu lama… waktu tuh mood saya terus berubah dan saya mula ada depression selama sebulan dan sembelit (dah 4 bulan selepas kejadian), irritability… lepas sebulan tuh, saya dah mula ok selama sebulan… dah selepas bulan ok tuh, situasi dalam mall berlaku semula pada saya (lower back pain, sedang period waktu tuh) dan depression, mood berubah datang balik…irritability semakin teruk sampai saya geram jerr nak lempar barang… depression semakin teruk… tapi ada masa mood baik ada masa tak ok… saya nak tanya doktar, depression saya nih sebenarnya berpunca daripada lower back pain atau pms? Dan satu lagi saya x tahu lower back pain saya nih berpunca daripada pms ataupun berdiri dalam mall terlalu lama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, kami memahami kerisauan terhadap emosi anda yang berubah-ubah. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Antara sebab mengapa seseorang mengalami perubahan emosi atau mood :
- Tekanan hidup
- Perubahan hormon sebelum datang haid
- Masalah terhadap persekitaran atau orang sekeliling
- Penyakit bipolar
- Gelisah atau anxiety
- Kemurungan ataupun depression
- Masalah personaliti
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan atau kaunseling dapat diberikan kepada anda.
Untuk menjawab persoalan anda, kami tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kerana kami memerlukan lebih banyak maklumat dari anda.
Buat masa ini, ini antara perkara yang anda boleh lakukan:
- Membuat aktiviti yang anda suka untuk mengekalkan mood ceria
- Bersukan dan beriadah
- Meluahkan perasaan kepada orang yang anda percaya
- Meluangkan masa bersama orang yang sentiasa memberikan aura positif kepada anda
Jika anda mempunyai kecenderungan untuk menyakiti diri ataupun membunuh diri, anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) dan doktor kami akan membantu anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.