
cnshamizaco
5 tahun
Luka bakar akibat bawang putih
salam sejahtera doktor sy ingin bertanyakan kpd doktor, saya mengalami luka bara darjat 2 akibat bawang putih di wajah saya, skrg ni sudah masuk minggu ke 2, luka sy sekarang sudang kering cuma warna pink ke arah putih, jadi apkah maksud keadaan sy skrg, adakah makin pulih? skrg sy gunakan gel aloe vera secara berterusan tapi luka sy sudah berada dlm keadaan tersebut untuk beberapa hari menyebabkan sy buntu kerana tiada perubahan. sy mahu pencerahan dari doktor mcm mana sy boleh tahu luka sy ini dlm kondisi apa dan tempoh untuk kulit sy sembuh sepenuhnya, saya malu dengan org asyik tanya knp, lagipun sy akan menghadiri konvokesyen sy dalm 3 minggu lagi, sy harap kulit sy akan pulih seperti sediakala. bantu saya doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, luka bakar tersebut sudah dalam tahap persembuhan yang terakhir iaitu pembentukan semula tisu dan sel-selnya. Namun, terdapatlah kemungkinan untuk meninggalkan parut akibat luka bakar darjat 2 ini.
Sekiranya gejala ini masih membimbangkan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.