
Sulit
5 tahun
Luka bersalin tidak bercantum
Hi doctor,saya mengalami sembelit selepas bersalin menyebabkan jahitan di kemaluan saya terbuka.kini luka bersalin saya telah sembuh sepenuhnya tapi kulit tidak bercantum.bolehkah kulit yg tidak bercantum itu di jahit semula supaya bercantum?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk masalah kulit berkaitan dengan pembedahan, anda perlu merujuk kembali kepada doktor yang merawat anda agar dapat dilakukan penanganan dan rawatan susulan. Sekiranya perlu dijahit ulang atau diberikan ubat, ia adalah tergantung kepada keputusan dan evaluasi doktor yang merawat anda.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.