
Sulit
5 tahun
Luka casaer sakit dan darah nifas tiba tiba keluar banyak ,darah beku besar
Saya ibu berusia 22 ,baru melahir kan anak kedua 19 hari, mengalami demam panas pada hari jumaat.dan tiada demam lagi.tetapi sekitar luka casear sakit sejak semalam.darah keluar banyak semula sedang kan darah sudh kering sejak minggu lepas dan hanya perlu memakai panti liner.turut keluar darah beku besar sebesar tapak kaki bayi.ketika ingin buang air kecil juga ada rasa sakit dan berbau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dihadapi anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- metritis ( keradangan rahim )
- abses pelvis
- jangkitan bekas luka operasi
Memandangkan anda mempunyai keluhan kencing berbau, dikhuatiri jangkitan sudah berleluasa. Maka sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor agar dapat diberikan ubatan lanjut sebelum jangkitan memburuk dan menimbulkan masalah sistemik. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.