Sulit

3 tahun

Luka dibahagian lidah

Bermula tahun lepas saya rasa sakit dibahagian lidah sampai tak boleh nak makan makanan pedas jadi saya ke klinik untuk mendapatkan kepastian berkaitan lidah saya tu, doktor kata ia hanya luka dan memberi saya antibiotik, lepas saya makan habis antibiotik tu luka masih tak hilang dan saya biarkan sahaja, tapi sampai sekarang lukanya tak hilang kadang2 rasa berdenyut2 dan sakit teramat sangat tapi jarang lah, biasanya akan sakit hanya bila saya makan makanan pedas, saya tak tahu puncanya apa, gigi saya di bahagian belakang agak condong ke dalam mulut dan bergesel dgn lidah apabila digerakkan, dua2 condong tapi hanya sebelah kanan yg luka, gigi geraham tengah saya belah kiri kena cabut masa tahun 2014 jadi agak susah saya nak makan di bahagian kiri sebab terkena gusi dan mengakibatkn luka digusi jadi saya banyakkan menguyah di bahagian kanan, kiri gusi akan sakit kalau saya makan belah kiri je dan kanan lidah yg sakit kdg2 dia sekali dengan ulser bertambah sakit, apa patut saya buat ya? Saya belum ke klinik gigi utk kepastian hanya ke klinik swasta biasa.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah lidah yang sering luka sewaktu makan makanan yang pedas dan masalah gigi anda yang bercondong ke arah lidah sehingga menyebabkan ia mengganggu permakanan anda secara umum.

Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.

Untuk makluman anda, kemungkinan luka pada lidah anda boleh disebabkan oleh susunan gigi anda yang menumbuh ke arah lidah sehingga menyebabkan ia bergesel dan akhirnya luka. Oleh itu, kami berpendapat bahawa masalah anda ini berpunca dengan masalah gigi anda yang perlu dirawat oleh doktor gigi. Kemungkinan besar mereka akan sarankan anda untuk mencabut gigi tersebut sekiranya :

  • Luka pada lidah semakin teruk
  • Ulser mulut yang sering berlaku dan semakin teruk
  • Jangkitan kuman pada lidah disebabkan luka
  • Gangguan permakanan anda yang melampau sehingga anda menghadapi penurunan badan yang teruk.

Kami sarankan anda sentiasa untuk menjaga kebersihan mulut, banyakkan makanan buah-buahan serta mengelakkan daripada merokok dan juga meminum minuman yang manis dan berkarbonat.

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

dental-emergency-tooth-pain%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)