
Sulit
5 tahun
Luka episiotomy terbuka akibat sembelit ketika pantang
Hai doktor, boleh tnya, kalau jahitan terbuka sikit , dan luka dah kering tapi ada gap , kulit tu boleh bercantum kembali seperti sediakala atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, luka anda mungkin boleh sembuh. Akan tetapi permukaan kulit anda akan sedikit berbeza kerana gap tersebut dimana kawasan tersebut akan cengkuk ke dalam.
Namun, sekiranya kawasan tersebut sakit, merah, bernanah anda amat disarankan untuk medapatkan pemeriksaan dengan doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.