Anonymous
6 tahun
Luka episotomi blm sembuh
Saya wanita umur 26 thn melahirkan bayi seberat 2.9kg …sya alami Luka episotomi semasa bersalin…masa sy mengandung saya Ada Risiko GDM(kencing manis)…selepas bersalin sy selalu sembelit. Dan Luka episotomi sy Masih blm sembuh selepas berpntg. .nampak Ada sebahgian benang yg blm tggal d episotomi YG berwarna putih…dok mcm mna Cara cepat sembuh Luka jahitan episotomi…?sdh 2 bln pun blm sembuh jgk
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan tahniah atas kelahiran anak anda.Untuk pengetahuan pihak anda luka episiotomy tersebut akan mengambil masa untuk sembuh dengan sepenuhnya dan oleh sebab anda mempunyai penyakit Kencing Manis semasa mengandung ia boleh melambatkan proses kesembuhan luka tersebut dan adalah biasa untuk mengalami semebelit selepas kelahiranan anak.
Namun begitu hal ini tidak boleh dipandang remeh dan jikalau anda mempunyai kebimbangan anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.




































