
Sulit
3 tahun
Luka jahitan ada lubang kecil
Saya remaja berumur 20 tahun, dah nak sebulan saya buat operation appendix. Dan di luka jahitan saya belah kanan ni ada lubang kecil sedikit, dan lubang itu la selalu keluarkan cecair warna kuning, kadang selepas mandi keluar air jernih sahaja. Luka jahitan itu juga bentuknya kedalam sikit. Apakah normal? Atau saya harus ke hospital. Dan saya masih menutup luka jahitan ini menggunakan gauze, kerana saya bimbang kalau tidak tutup akan ada kuman. Saya juga sudah tidak ke klinik kesihatan utk cuci luka

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap jangkitan pada luka pembedahan apendiks yang dilakukan disebabkan ia terbuka. Kami akan cuba membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, lubang atau luka tersebut terjadi disebabkan oleh penjagaan luka yang kurang baik ataupun disebabkan tekanan abdomen yang meningkat (seperti ketawa, meneran, batuk atau bersin tanpa henti). Luka ini perlu diperiksa semula oleh doktor disebabkan terdapat cecair yang keluar daripada luka tersebut kerana kami bimbang ia boleh disebabkan oleh jangkitan.
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila dapatkan bantuan perubatan segera :
- Demam
- Sakit perut
- Kemerahan di kawasan luka
- Terdapat nanah atau/dan darah keluar daripada luka tersebut
- Lemah dan lesu
- Loya dan muntah
Oleh itu, kami sarankan anda untuk sentiasa mencuci dan menutup luka tersebut dan pergi ke klinik supaya luka tersebut boleh diperiksa dan rawatan lanjut boleh diberikan.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.