
Sulit
4 tahun
Luka jahitan melecet
Saya tengah berpantang dan hari ini merupakan hari ke18. Saya dapati kawasan jahitan episiotomi saya telah bercantum. Namun demikian, saya dapati ada kesan melecet dan ianya menyukarkan saya untuk bergerak secara berjalan atau baring mahupun duduk. Adakah apa2 perkara yang boleh saya lakukan untuk kurangkan rasa sakit di kawasan melecet tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, waktu penyembuhan luka sebegini adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Umumnya ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 2 minggu. Bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka, antara yang boleh diamalkan adalah:
- Jaga kebersihan daerah tersebut. Jangkitan pada daerah itu hanya akan melambatkan proses penyembuhan luka
- Pastikan daerah luka tidak terlalu kering. Elakkan penggunaan sabun dan bahan pencuci yang boleh mengiritasi kulit
- Mengambil diet yang sihat (mengandungi semua 7 kelas makanan dalam kadar yang seimbang). Dalam membantu penyembuhan luka, makanan yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral adalah amat diperlukan.
- Elak pakaian dalam dan pakaian yang ketat didaerah luka. Hal ini dapat menyebabkan geseran sehingga melambatkan penyembuhan luka.
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.