Sulit
4 tahun
Luka jahitan Terluka
Hello doktor… Sbln yg lalu, sy telah menjalani pembedahan pembuangan ketulan di payudara… Luka bertambah baik… Tetapi sejak kebelakangan ini, tempat jahitan terasa sangat gatal… Saya telah menggarunya & terdapat kesan luka akibat digaru… Adakah ini akan meninggalkan kesan buruk kepada luka jahitan? Dan adakah pembedahan berkaitan dengan luka dalaman? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, sebaiknya, jahitan luka tersebut tidak boleh disentuh atau digaru untuk memastikan proses pemulihan luka berjalan dengan lancar.
Sekiranya luka yang dialami melarat, kami sarankan anda ke klinik berdekatan untuk mencuci luka tersebut.
Jika anda mempunyai soalan tambahan, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk penjelasan daripada pihak doktor kami. Terima kasih.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.

































