
Sulit
5 tahun
Luka lepas bersalin masuh bernanah
Saya dh makan antibiotik kerana luka bersalin bernanah. Lepas seminggu masih juga bernanah. Kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masa yang diperlukan untuk luka bernanah sembuh sepenuhnya bergantung kepada individu. Ia boleh mengambil masa beberapa hari hingga ke beberapa minggu untuk sembuh bergantung kepada individu. Anda dinasihatkan untuk menghabiskan pengambilan antibiotik mengikut preskripsi yang diberikan doktor.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan luka tersebut masih bernanah.
- ubat antibiotik yang tidak sesuai
- organisme yang resistan terhadap antibiotik
- abses atau kumpulan nanah
- kawasan tersebut tidak dijaga dengan baik dan bersih
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.