
Sulit
3 tahun
Luka operation menanah
Saya wanita berumur 48 tahun. 6 tahun lepas saya ada menjalani operation untuk buang tumour pada breast.lepas operation tu luka saya ada menanah beberapa kali tapi saya just pergi cucuk di satu klinik kulit dan nanah tu stop. Sekarang,lepas 6 tahun luka saya kembali bernanah keluar air lendiran. Perlukah saya pergi ke hospital? Adakah menanah ini jadi sbb saya salah makan seperti makan udang? Adakah benda ini tak perlu dirisaukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah luka lama yang bernanah. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, luka lama yang bernanah boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
- Luka bergesel
- Jangkitan pada bahagian luka
- Perpeluhan terlampau di bahagian luka
- Luka terbuka
- Kencing manis
- Alahan
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.