
Sulit
5 tahun
Luka operation yang tidak dijahit
assalamualaikum, saya baru lepas operation bisul di ketiak minggu lepas hari khamis 2/1/2020 . operation saya tak dijahit dan perlu cuci di klinik setiap hari, saya nak tanya bolehkah luka saya ini kena air ketika mandi sebab saya nak mandi wajib

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Kurang jelas disini jenis pembedahan yang telah saudari jalani. Namun, secara umum pesakit adalah dinasihatkan elakkan terkena air selama beberapa hari pertama setelah operasi. Untuk lebih kepastian, sebaiknya anda tanyakan kepada jururawat ataupun doktor klinik yang anda kunjungi untuk mencuci luka.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.