
Anonymous
5 tahun
Luka pada bahagian caeser
saya mengalami luka air bernanah pada hari ke -11 bersalin caeser… saya telah berjumpa dengan doctor di klinik kesihatan… doc telah memberi saya antiseptik dan ubat cuci untuk mengeringkan luka… saya ingin bertanye… brape lama masa yg diambil utk luka kering kerna hingga hari yg ke12 luka saya masih x kering, air bernanah masih lagi skali sekala kluar…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, apabila sesuatu luka telah bernanah, sebaiknya berikan masa sehingga antibiotik yang dimakan diserap oleh tubuh dan seterusnya bekerja melawan jangkitan. Proses ini memerlukan waktu sekurang-kurangnya 3-5 hari sebelum anda mulai melihat perbaikan kulit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.