
Sulit
4 tahun
Luka pembedahan gatal
Hello Doktor. Luka pembedahan di payudara saya terasa gatal. Apakah kesan sekiranya digaru? Terima kasih.

4 tahun
Selamat sejahtera & terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan informasi yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala gatal pada kawasan bekas luka pembedahan adalah sesuatu yang normal dan lazimnya akan hilang setelah beberapa hari atau minggu (bergantung kepada setiap individu atau jenis operasi).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Buat masa ini anda dinasihatkan agar tidak menggaru kawasan tersebut kerana dikhuatiri akan menyebabkan kontaminasi, jangkitan kuman atau mengiritasi kulit sehingga memperlambatkan proses penyembuhan luka. Disamping itu juga, anda disarankan untuk
- tingkatkan pemakanan tinggi zat protein (i.e. telur, ayam, ikan, susu, dll.)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka
Mencari suplemen yang boleh membantu penyembuhan operasi ? Dapatkannya sekarang !
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.