
azhariwave17
5 tahun
Luka pembedahan masih tidak baik
Saya Lelaki berumur 28 tahun. Pada 5/5/2019 saya menjalani pembedahan torsion di sebuah hospital, dan telah pergi appointement pada 28/5/2019. Sehingga ke hari ini masih tidak elok luka dan tanda menunjukkan untuk sembuh.
Kedudukan Luka pembedahan saya terletak di bahagian bawah scrotum.
Dan terdapat warna putih dalam luka tersebut. Diharap pihak dr dapat membantu saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, proses penyembuhan luka dipengaruhi banyak faktor seperti:
- Umur (kanak-kanak akan sembuh dengan lebih cepat berbanding orang dewasa)
- Kencing manis ( Diabetes Mellitus )
- Peripheral Vascular Disease (penyakit pembuluh darah)
- Kekurangan imuniti (penyakit kronik atau AIDS )
- Kekurangan nutrisi
- Kekurangan protein ( albumin ) dalam badan
- Merokok
- Kanser
- Sesetengah ubatan seperti steroid, immunosuppressive (ubat yang menampan sistem pertahanan badan) dan cytotoxic agents (ubat yang boleh membunuh sel hidup)
Punca yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh adalah:
- Jangkitan kuman
- Kurang bekalan darah ke tempat luka
- Pergerakan yang berlebihan sekiranya luka berhampiran sendi
- Bendasing pada luka
Disebabkan luka pembedahan anda memerlukan pemeriksaan fizikal untuk memastikan punca gejala yang anda alami, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan seorang doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.