
Sulit
5 tahun
Luka yang lama sembuh
Saya wanita dalam 20 an, saya ada luka yang dulunya dari blister dan sekarang jadi kering tapi luka tu jadi macam bumpy, kat luar macam keruping mengering. Luka ni dah bebulan. Saya dah cuba macam2 cara tapi tak berkesan. Apa yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, agar sukar untuk mendapatkan gambaran tentang penjelasan anda. Sebetulnya terdapat banyak sebab kenapa luka anda lambat sembuh, seperti:
- kekurangan vitamin
- kencing manis
- jangkitan
Yang sebaiknya anda lakukan adalah merujuk doktor agar dapat diberikan diagnosis yang tepat. Hal ini supaya anda dapat diberikan ubatan yang benar dan efektif. Maka, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.