azlinaai1713
6 tahun
Lump pada kedua dua breast
Saya wanita berumur 37y, tahun lepas sudah membuat pemeriksaan menggunakan ultrasound & biopsi. Doc syorkan utk buat followup selepas 6bln. Sekarang sudah lebih dr 9bln sy dapati lump tu membesar. Akan terasa sakit bila nak period. Masalahnya saya ada lebih dari 10 lump pada breast. Ada 3 yg besar & lain2 kecik2. Doc syorkan utk buang? Or adakah ia akan pandaj hilang.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
- Benjolan tidak dapat digerakan atau digeser
- Benjolan pada ketiak
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Perubahan bentuk,kontur,ukuran,warna kulit payudara
- Keluar cairan atau darah dari puting
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Berkenaan dengan pembuangan benjolan,punca benjolan berlaku harus diketahui sebelum membuat keputusan seterusnya. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.
































