
Sulit
5 tahun
Lumpuh dan Luka tekanan
Saya pesakit lumpuh. Terjadi luka tekanan pada punggung saya…ada jangkitan kuman pada tubuh badan saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda disarankan:
- meminta bantuan penjaga jika anda untuk kerap menukar posisi badan anda
- makan makanan yang mempunyai nilai protein yang tinggi bagi mempercepatkan luka untuk sembuh
Jika anda mengesyaki terdapat jangkitan kuman seperti ia bernanah dan demam, maka anda perlu mendapatkan rawatan lanjut kerana jika tidak dirawat ia akan luka hingga ke tulang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.