Sulit
4 tahun
Lupa makan oil perancang
Saya terlupa makan Tab provera 1hari. Esk Saya kena makan 2tab pasal waktu yg sama ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Provera merupakan unbat progestin yang diambil bagi menggantikan hormon pregesterone yang dihasilkan oleh badan.
Sekiranya anda terlupa maskan satu dos, anda boleh mengambil pil tersebut sebaik sahaja anda ingat. Kemudian, untuk keesokan harinya, anda boleh mengambil ubat seperti biasa. Anda tidak digalakkan untuk mengambil dua dos dalam satu masa.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.