
Sulit
5 tahun
Lupa untuk mengambil pil perancang selama 3 hari selepas persetubuhan
Saya telah bersama dengan suami tanpa menggunakan alat pencegah kehamilan… Saya lupa untuk mengambil pil perancang selama 3 hari setelah melakukan seks. Jika saya mengambil postinor dalam tempoh 3 hari setelah melakukan seks, adakah saya berkemungkinan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, harus diingatkan bahawa setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (seperti kondom) dan tanpa perancangan kehamilan mempunyai risiko untuk hamil yang tinggi. Seandainya terlupa memakan pil perancang, anda boleh makan sebaik sahaja teringat.
Merujuk kepada Postinor-2, harus diketahui bahawa Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Sekiranya anda makan setelah 3 hari berhubungan, tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.