
nuraqilahtaha6
5 tahun
Lutut berdetup kuat dan sakit
Saya berumur 20 tahun. Semalam saya melutut dan duduk di atas kaki saya.tiba2 lutut saya sakit dan berdetup dengan kuat. Rasa sakit yang teramat. Apabila sya mengerakkan kaki sya,ia terasa sakit di bahagian belakang lutut.Kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit lutut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Bursitis
Dislocated kneeg.
IT (iliotibial) band syndrome
Meniscal tear
Patellar tendinitis
Tulang retak atau patah
Patellofemoral pain syndrome -Ketidakseimbangan otot, ketegangan, dan masalah penjajaran kaki biasanya menjadi punca keadaan ini dan bukan kerana kecederaan. Ia menyebabkan sakit lutut dan masalah “buckling" yang bermakna lutut anda tiba-tiba tidak dapat menanggung berat badan anda.
Kecederaan ligamen
Rheumatoid arthritis
Gout
Septic arthritis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor leboh-lebih lagi jika sakit itu berlarutan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.