Sulit
5 tahun
Lutut bermasalah dan berat badan turun mendadak
Assalamualaikum… Suami sy berumur 31 tahun dan mengalami gout dan kolestrol yang agak tinggi… Dalam masa 3 bulan ini dia mengalami radang pada lutut dan merebak kedua belah kaki sehingga sekarang bergantung pada tongkat. Sampai suatu masa dia xboleh bergerak dan hanya terbaring sahaja. Yang menjadi kerisauan saya sekarang, berat badan dia pun turun secara mendadak 14kg dlm masa sebulan… Kami ada berjumpa pakar orthopedic tp masih menunggu utk MRI, hospital kerajaan makan masa setengah tahun utk menunggu. Saya risau keadaan suami sy semakin teruk kerana kaki dia mula mengecut/mengecil…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kaki mengecut boleh disebabkan oleh
- Tidak melakukan senaman pada jangka masa yang panjang
- Masalah saraf pada kaki
- Masalah strok (angin ahmar)
- Kecedaraan pada otot atau tulang
- Malnutrisi terutamanya sumber protein
- Kanser pada tulang, otot atau bahagian lain dalam badan
Kami juga faham kerisauan anda berkenaan dengan masalah penurun berat badan. Simptom yang anda jelaskan seperti penurunan berat badan adalah kurang spesifik dan boleh disebabkan oleh beberapa masalah lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



















