nurfazilawati
5 tahun
Lutut Osteoarthritis
Saya berumur 43 tahun. Berat 126kg. Lutut saya sudah lama sakit. Tapi pling teruk sebelah kiri. Dah 2 minggu sakit. Saya nak tanya, boleh tak saya mendapatkan rawatan dihospital secara hospitalization untuk keperluan insurans. Sebab outpatient claim saya dah habis.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rawatan wad bagi pesakit lutut adalah tergantung kepada masalah-masalah lain yang dihadapi dan tergantung kepada keperluan observasi pemberian ubat dan sebagainya. Sekiranya kondisi anda tidak kritikal, maka tidak perlu dirawat di dalam wad.
Merujuk kepada pertanyaan tentang insurans anda, hal ini harus dibincangkan dengan ejen insurans anda sendiri dan tergantung kepada polisi insurans anda.
Bagi maklumat dan keterangan lanjut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



















