
Anonymous
5 tahun
Lutut rasa tidak selesa
Sy wanita berumur 20’an mengalami rasa lutut tidak selesa. Kebiasaannya kalau saya exercise, lutut sy macam terseliuh, tidak selesa. Tapi tidak berbunyi kuat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Secara umum, keadaan lutut berbunyi dan tidak selesa ini boleh disebabkan oleh pergerakan ligamen atau pemampatan gelembung nitrogen di ruang sendi.
Kebanyakan orang mengalami masalah ini terutamanya di jari dan lutut mereka. Biasanya perkara ini adalah normal kecuali jika terdapat bengkak dan sakit. Jika bengkak, sakit atau kemungkinan retak atau berbagai punca lain terlah terjadi, anda perlu mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.