
hannyasri19
5 tahun
Lutut sakit bengkak selepas operation di peha
Saya berumur 20tahun bru dua migu hampir 3migu berlalu operation di peha selepas itu tklama kemudian bengkak dibahgian lutut ke bawah boleh saya tahu kenapa ye doctor???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh kekurang pergerakan kerana rehat banyak diperlukan selepas pembedahan. Apabila kaki diletakkan posisi yang statik untuk jangka masa lama, aliran pendarahan juga berkurang and berkumpul di bahagian bawah.
Anda dikehendaki untuk berjumpa doktor segera jika:
- Betis berasa sakit
- Perubahan warna jari kaki atau bahagian bengkak (semakin pucat atau kebiruan)
- Demam
- Kurang sensasi pada bahagian kaki atau sejuk pada sentuhan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.