
syahrienas84
5 tahun
Lutut sakit serta buku lali pedih & bengkak
Saya berusia 35tahun…baru 3 bulan lepas bersalin…kebelakangan ni…kedua lutut saya sakit apabila hendak bangun tetapi yg lebih sakit sekarang ni adalah lutut kanan saya serta buku lali kanan saya sentiasa membengkak & terasa pedih dipergelangan kaki…apakah tanda2 sakit saya ini…semoga tidak ada penyakit yg serius…
Sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut dan buku lali anda boleh disebabkan:
- Masalah cakera tulang belakang - ini akan mengganggu saraf kaki
- Masalah darah beku dalam saluran darah - perkara ini boleh berlaku jika seseorang itu baru bersalin
- Jangkitan kulit - sellulitis
- Kista Baker pecah
- Penyakit Guillain-Barre
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.