
Anonymous
6 tahun
Lutut Tegang dan bengkak
sy rosli 51 tahun, 2 3 hari lepas sy berasa sakit lutut, masih boleh lipat kitika solat. semalam langsung tak boleh lipat n sakit. saya juga ada gout sejak 10 tahun lepas.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita. Terdapat beberapa punca yang mengakibatkannya:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi, misalnya artritis septik.
Disebabkan anda mempunyai pelbgai faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit lutut iaitu dari segi pekerjaan , usia dan sejarah penyakit kronik, adalah amat disaranakan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.