
Sulit
3 tahun
Maaf kalau lari dari tajuk,mohon jawab
soalan ini dari rakan saya doc,dia dahulu nya pernah melakukan hubungan dengan lelaki,tetapi dia tidak pernah melakukan anal seks,kata dia,hubungan selalu dibuat sekadar menghisap kemaluan, dan untuk puncak nya dia meletak kan kemaluan nya di celah paha pasagan lelaki tersebut dan membuat seolah ii mereka melaku kan seks,dia ber tnya akah dia golongan gay kuat sedang kan dia masih minat kpda perempuan,dan adakah ia dapat memberi kesan kpda kesihatan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, sukar bagi kami untuk memberikan kesimpulan dalam orientasi seksual seseorang individual. Perkara ini adalah kepakaran dalam bidang psikiatri atau psikologi. Namun saya boleh memberikan kesan yang boleh berlaku jika melakukan oral seks seperti:
- Jangkitan HIV
- Jangkitan herpes
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan gonorrhea
- Jangkitan HPV
- Jangkitan hepatitis
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.