nurinrazak137
3 tahun
Maasalah Berat badan
Hi doc’Saya hadapi maasalh tyroid ,kenapa bila saya diet berat susah nak turun , adakah cara diet saya tidak betul atau disebabkan tyroid?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah tiroid yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah berat badan berlebihan dan sukar untuk turun boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hormon tiroid yang berkurangan
- sindrom Cushing
- PCOS (masalah pada ovari)
- genetik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.