Sulit
4 tahun
Macam benda tersekat kat kerongkong
saya perempuan berumur 18 tahun , saya mengalami ketidakselesaan bila nak telan air liur atau pun makanan . macam ada benda tersekat kat kerongkong . tak selesa sangatt . ni dah berlarutan selama seminggu astuu kelenjar tiroid saya pula membengkak . macam mana eh ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid
- kelenjar Lymph node yang membengkak
- Ketulan lemak (Lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Benjolan pada bahagian tengah leher bukan merujuk kepada kelenjar tiroid semata-mata. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.