
PuteriAtika
6 tahun
Macam mana anak saya dapat tiroid?
Hi doctor…anak saya ada tiroid,bru mkn ubt…anak saya dh 3 tahun…nk tnya mcm mana dpt tiroid nie…bdan anak saya mmg kcik…tpi bmi dia ok,normal…

6 tahun
Salam. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Walaupun penyakit tiroid biasanya berlaku dalam kalangan orang dewasa, penyakit ini juga boleh menjejaskan kanak-kanak.Penyakit tiroid selalunya diklasifikasikan kepada hyperthyroidism dan hypothyroidism.
Hyperthyroidism berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala hypothyroidism berlaku apabila seseorang kekurangan hormon tiroid. Kedua-dua penyakit ini boleh menjejaskan tumbesaran, kesihatan, emosi dan pembelajaran kanak-kanak. Kedua-duanya juga mempunyai punca, simptom dan rawatan yang berbeza-beza.
Penyakit tiroid yang paling biasa berlaku sejak lahir ialah hypothyroidism kongenital. Penyakit ini biasanya boleh dikenalpasti awal kerana ujian saringan selalunya dijalankan sejurus selepas bayi dilahirkan.Penyakit Hashimoto ialah jenis penyakit tiroid yang paling biasa dijumpai dalam kalangan kanak-kanak. Penyakit ini selalunya mengakibatkan hypothyroidism. Penyakit Hashimoto ialah penyakit autoimun di mana masalah berpunca daripada sel-sel imun di dalam badan kita yang menyerang sel-sel normal badan kita. Penyakit ini biasanya diwarisi dalam keluarga.
Buat masa ini, anda digalakkan memberi ubat yang diberikan oleh doktor kepada anak anda mengikut arahan doktor. Anda juga digalakkan menghadiri rawatan susulan dengan doktor supaya pemantauan tahap hormon tiroid dan pengubahsuaian rawatan boleh dilaksanakan oleh doktor.