
intan.samin
6 tahun
Macam mana cara mengobati sakit beguk
Saya wanita dalam 46tahun. Orang cakap saya kena beguk. Tapi dekat bagian dagu tu macam ada bengkak dan kalau malam rasa macam ada bisa.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Ketulan biji kelenjar boleh disebabkan oleh cara badan membasmi jangkitan kuman. Kebiasaannya ia hilang dalam beberapa minggu dan boleh dirawat dengan antibiotik. Ia juga boleh menunjukkan kanser seperti leukemia jika biji kelenjar ini adalah keras. Selain itu, ia juga boleh disbabkan ketumbuhan lemak yang dipanggil lipoma. Untuk mengenalpasti punca ketulan-ketuna ini, anda perlu berjumpa doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih