
Sulit
3 tahun
Macam mana saya nak dapatkan surat Psikiatri untuk pengesahan penyakit seseorang?
Hi doctor. Macam mana saya nak dapatkan surat Psikiatri untuk pengesahan penyakit seseorang?Beliau skrg ada kepayahan untuk keluar rumah dan ahli keluarga beliau kena dapatkan surat pengesahan tersebut.

3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa anda memerlukan surat pengesahan psikiatri bagi seseorang.
Namun hal yang demikian,pakar psikiatri hanya boleh memberikan seseorang surat pengesahan pesakit apabila anda membawa ahli tersebut untuk diperiksa pakar.
Anda tidak akan mendapat surat pengesahan jikalau diminta oleh orang lain dan jikalau ahli tersebut tidak hadir bersama.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh berbincang dengan pakar psikiatri melalui atas talian untuk nasihat lebih lanjut.
Kami harap masalah anda akan dipermudahkan dalam jangka masa terdekat.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik disini untuk bercakap dengan pakar psikiatri
.