
Sulit
3 tahun
Macam ruam/kurap di kemaluan tapi tidak sakit/gatal
Saya lelaki umur 25 tahun… Ada macam parut ruam/kurap di kemaluan tapi tidak sakit atau gatal… Skrg baru naik di mulut kemaluan mcm ruam kecil… Lpastu masalh skrg saya kencing rasa sakit dan kencing tak boleh tahan mcm biasa… Adakah itu siflis atau sakit lain… Dan apa ubatnya ya doct?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami masalah ruam/kurap pada bahagian kemaluan serta berasa sakit semasa kencing dan tidak boleh tahan kencing seperti biasa. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti yang berikut :
- Penyakit kelamin seperti herpes, HPV, sifilis
- Scabies
- Masalah kencing kotor
- Dermatitis
- Jock itch (jangkitan fungi)
Kami tidak boleh memberikan anda nasihat mengenai rawatan untuk masalah anda tanpa mengetahui punca sebenar masalah anda. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.